Mengenai kami

Selamat Tahun baru 2010. Dyan Homestay mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu Dyan Homestay tahun 2009. Kami amat menghargainya. Dyan Homestay bermula dengan sebuah rumah sahaja tetapi dengan sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh anda semua, Dyan Homestay telah berjaya menambah 2 biji rumah dan rangkaian kerjasama dengan pemilik homestay yang lain. Semoga Dyan Homestay akan terus menambah baik perkhidmatan yang disediakan dari masa ke semasa. Semoga moto kami “Pasti Datang Lagi” adalah bersesuaian dengan perkhidmatan yang kami berikan.